Isnin, 4 Jun 2012

Jimatkan Penggunaan Air


AIR merupakan keperluan asas kita yang memainkan pelbagai peranan yang penting dalam kehidupan seharian. Menurut Majlis Air Sedunia, permintaan terhadap air akan berlipat kali ganda dalam tempoh 20 tahun. Pada tahun 1950, hanya 12 negara dengan jumlah pendudukan seramai 20 juta orang yang mengalami masalah kekurangan air tetapi dijangka pada tahun 2050, sebanyak 65 buah negara akan terbabit, melibatkan seramai 7 bilion orang.

Memandangkan permintaan air bersih kian meningkat sedangkan sumbernya semakin berkurangan, maka langkah penjimatan dan pemuliharaan perlu dilakukan.

Langkah-langkah untuk menjimatkan air:

1. Mandian
· Kurangkan jumlah dan masa mandian.
· Tutup pili air ketika bersabun atau bersyampu.
· Menggunakan sabun dan syampu organik lebih menjimatkan air kerana ia kurang berbuih dan memerlukan air yang kurang untuk membilas.

2. Penggunaan tandas
· Curahkan air yang pernah digunakan (air basuh tangan atau sayur-sayuran) daripada menggunakan pengepam.
· Pasang peralatan dua-pam dalam sistem pengepaman.
· Berbanding dengan sistem biasa yang menggunakan 10 liter air setiap kali pam, sistem dua-pam hanya menggunakan 6 liter bagi pengepaman penuh dan 3 liter untuk pengepaman separuh.
· Gunakan tandas cangkuk bagi penggunaan yang singkat.

3. Membasuh kenderaan
· Kurangkan membasuh kenderaan.
· Semasa membasuh, gunakan baldi dan kain dan elak dari menggunakan hos.

4. Menyiram
· Gunakan air yang dikitar semula seperti air basuh sayuran dan tangan.
· Gunakan bekas atau baldi untuk mengisi air untuk menyiram daripada memancur hos taman.
· Letakkan bekas di bawah pasu bunga untuk menahan air keluar. Ini dapat mengurangkan kekerapan untuk menyiram.

5. Mencuci lantai
· Jangan gunakan hos atau mencurah air di atas lantai untuk mencuci, selalu gunakan pengelap lantai.
· Gunakan cecair pencuci yang kurang berbuih.
· Sapu lantai lebih kerap untuk mengelakkan debu dan habuk berkumpul. Debu yang terkumpul akan menyukarkan pencucian dan ia memerlukan lebih banyak cecair pencuci dan air.

6. Mencuci pakaian
· Kumpul dan hanya cuci pakaian dalam mesin basuh apabila mencukupi muatannya.
· Gunakan serbuk pencuci yang mesra alam kerana ia kurang berbuih dan menjimatkan air. Ia juga tidak mencemarkan alam sekitar dan air basuhan ini juga boleh digunakan untuk mencuci kenderaan , menyiram pokok, dan sebagainya.

1 ulasan:

  1. Tempoh Perayaan hampir di sini, Adakah anda memerlukan
    Adakah Anda Perlu pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
    * Pemindahan Sangat pantas dan cepat ke akaun bank anda
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
    akaun bank
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    * Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
    * Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
    *. Berapa lama masa yang diperlukan untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
    Anda boleh mengharapkan jawapan awal kurang dari 24 jam
    pembiayaan dalam tempoh 72-96 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
    dari you.for maklumat lanjut hubungi kami melalui e-mel
     
    : Galvinsmartloans@gmail.com

    PERMINTAAN UNTUK PINJAMAN
    ================================
    Nama: ...................
    Nama Kedua: ..................
    Hubungi Alamat: .................
    Negara: ...................
    Umur: ..........................
    Jantina: ....................
    Nombor Telefon: ..............
    Status: .................
    Pendudukan: ...............
    kedudukan: .................
    pendapatan bulanan: ..............
    Jumlah Pinjaman: .................
    Tujuan Pinjaman: ...............
    jangka masa: ....................
    Adakah anda memohon untuk pinjaman sebelum: ............
    anda memahami Bahasa Inggeris: ..........

    Yang ikhlas,
    Speedway Pinjaman

    BalasPadam