Isnin, 11 November 2013

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0

Menerusi Bajet 2014, kadar pemberian BR1M 3.0 telah dipertingkatkan dan diperluaskan.
  • Bagi isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, kadar pemberian dipertingkatkan kepada RM650.
  • Isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000 turut menerima BR1M pada kadar RM450.
  • Bagi individu bujang yang bekerja dan berpendapatan bulanan RM2000 dan ke bawah, layak menerima bantuan RM300.
Berikut adalah syarat kelayakan dan cara permohonan online BR1M 2014.

Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Borang Permohonan BR1M 3.0 Secara Online

Muat turun (download) Borang pendaftaran BR1M 3.0 boleh didapatkan di laman berikut:

http://www.hasil.gov.my/
http://www.treasury.gov.my/

Nota Penting: Setakat ini permohonan BR1M 3.0 secara online masih belum dibuka dan dijangka akan dibuka pada minggu ketiga bulan November 2013. Pihak kami akan maklumkan di sini dari masa ke semasa sekiranya borang pendaftaran BR1M 3.0 secara online sudah dibuka kelak.

Sila layari di laman ini untuk mengetahui Status Terkini pendaftaran borang permohonan dan Syarat BR1M 3.0 2014.

Keputusan UPSR 2013 Akan Diumumkan Pada 14 November Ini

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 akan diumumkan pada 14 November ini, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan hari ini.

Kenyataan itu menyebut calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari berkenaan.

Selain itu, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2013 melalui khidmat pesanan ringkas mySMS ke 15888.

"Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10 pagi, 14 November dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 20 November ini," menurut kenyataan itu.

Pada tahun ini, seramai 478,848 calon telah menduduki peperiksaan UPSR di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Sila layari laman web ini untuk maklumat lanjut.

http://www.moe.gov.my/