Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 akan diumumkan
pada 14 November ini, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian
Pendidikan hari ini.
Kenyataan itu menyebut calon-calon boleh
mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas
pukul 10 pagi, pada hari berkenaan.
Selain itu, calon juga
boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2013 melalui khidmat pesanan
ringkas mySMS ke 15888.
"Perkhidmatan ini akan diaktifkan
bermula 10 pagi, 14 November dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 20 November
ini," menurut kenyataan itu.
Pada tahun ini, seramai 478,848
calon telah menduduki peperiksaan UPSR di 8,268 pusat peperiksaan di
seluruh negara.
Sila layari laman web ini untuk maklumat lanjut.
http://www.moe.gov.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan